Faza & Izuan

Faza & Izuan
We are Meant to Each Other :) Love You Syg

Sunday, July 31, 2011

Puasa Dari Sudut Perubatan

Penurunan Berat Badan

Ini dapat membantu individu yang mengalami berat badan berlebihan atau obes untuk menurunkan berat badan mereka dengan cara yang sihat dan murah. Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi pula, ini dapat menurunkan paras tekanan darah serta kandungan gula mereka dengan lebih baik. Penurunan berat badan daripada amalan puasa Ramadan adalah berbeza dengan amalan crash diet atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi (hanya minum air). Penurunan berat badan dengan berpuasa selalunya lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak sekiranya seseorang berhenti puasa.

Mempercepat Proses Pemulihan

Ketika berpuasa, penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan, imun atau metabolisme badan. Manakala, proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembentukan protein sintesis yang semakin berkesan yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur. Pembentukan protein yang lebih efisien akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat. Kajian turut mendapati berlaku penurunan suhu badan dan kemerosotan kadar asas metabolisme badan ketika berpuasa menjadikan badan menyimpan lebih tenaga.

Awet Muda dan Memanjangkan Usia

Hormon pertumbuhan, sejenis hormon anti penuaan didapati dirembeskan dengan banyaknya ketika berpuasa. Selain itu, fenomena ini dikatakan juga berpunca daripada proses pembentukan sintesis protein yang lebih efektif, ketahanan badan yang lebih baik serta kadar metabolik yang lebih rendah.

Mengurangkan Risiko Penyakit Aterosklerosis

Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol dan gula. Ini tentunya mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis (sejenis penyakit pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat). Keadaan ini terutamanya berlaku di kalangan pesakit diabetes.

Solat Tarawih Memetabolismekan Makanan

Cantik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat tarawih pada sebelah malamnya. Ianya membantu memproses makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori). Di samping itu, ianya juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).

Ketenangan Mental

Dari segi kesihatan mental, umat manusia berasa lebih tenang di bulan Ramadan yang mulia ini. Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah.

Pemakanan di Bulan Ramadan

Pastikan makanan yang seimbang (buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein) ketika bersahur dan berbuka puasa. Tidak perlu makan banyak. Ketika berbuka disunatkan mengambil kurma kerana kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga. Sementara itu, ketika bersahur adalah lebih baik makan makanan yang lambat hadam iaitu bijirin seperti oats, gandum dan lain-lain kerana makanan jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses iaitu, lapan jam. Justeru, ianya dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama.

    Kelebihan Ramadan
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Sumber:: Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Ramadhan dtg lagi

Assalammualaikum...selamat hampir tengah hari.. di sini jugak saya nk mengucapkan selamat hari teakhir utk bulan Julai. dan esok..esok mula dah masuk bulan Ogos..eh eh..bukan esok tp tepat kul 12tgh mlm ni dah pon bulan Ogos...dah tu setat sok jugak la semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut berpuasa. bulan ramadhan yg penuh mulia dan mempunyai banyak keberkatan. so, SELAMAT BERPOSA! bulan posan jugak la semua kaum kerabat serta konco2 kpd encik, puan, cik, tok nenek moyang si setan akan di ikat kaki tgn mulut mata dan segala bagai anggota depa la semuanya kena ikat..hahh! hamekk kau si setan!

Bulan Ogos jugak la bulan yg xdpt saya dan family lupa ttg kejadian buruk yg menimpa kami sefamily..kami kehilangan sebuah rumah yg begitu indah dan banyak kenangan suka duka bersama..5 Ogos 2010, tarikh keramat itu..dan ketika tarikh kejadian itu hanya lagi 4 hari umat Islam akan menyambut puasa..dan 5 Ogos 2011 iaitu hari Jumaat ni plak adalah hari ke 4 umat Islam berpuasa..sgt sedih hiba dan sayu bila tingat balik kisah tu..dah setahun kejadian berlaku dan kami masih lagi jelas ingat dlm otak nih..HUHU...imbas kembali ketika umat Islam bergembira menyambut Bulan Ramadhan thn lepas..kami sekeluarga turut gembira tetapi dgn hati yg sgt hiba...disebabkan kami kehilangan rumah disebabkan kebakaran, kami terpaksa menumpang rumah saudara untuk berlindung dr hujan dan panas...selama sebulan lebih kami menumpang rumah saudara dan kami jugak terpaksa menyambut bulan posa di rumah org...tp xsemuanya indah bila menumpang rumah org..maklumla dh nama pon menumpang kan..mana ada yg sempurna..dari segi layanan, perbuatan........................................... fullstop!! xmo cita lagi...

beralih plak bulan posa masa kat U..2 tahun berturut2 saya posa di perantauan dan hanya balik bukak posa bila dkt2 nk raya dah..time tu dah nk cuti raya la...mmg best la bila ingat balik time posa ngan kwn sy tersayang dan sentiasa dirindui Cik Nur Azlinda Aziz...yaa..kami xramai...kami berdua je...xyah kwn ramai sgt lau semuanya pndg xkena kat kita..HEHE..so bak cam lagu Acha Sapriasa penyanyi Indon tu.."berdua lebih baik"..best kan Jelinda kita p beli lauk bukak posa sama2..rebut2 nih nak beli ayaq soya..HAHA! tolak org tepi kanan kiri asalkan kami yg dpt soya tu..yg nasik lak, kita asik beli lauk yg sama jah smpai naik jemu..HAHA! ada lagi! time nak beli ayaq soya tu, punya berebut kami terpaksa jerit "aduh" padahal xdak sapa pijak kaki pon..HAHA! dah tu kadang2 salah sorg dr kami mesti kata "eh, duit sapa jatuh tuu.." trus kalot jah org ushar bawah tgok duit tu..kami apa lagi, ngan muka selamba amik line depa yg nk beli tu la..HAHA! tima kasih beri laluan kat kami! HAHAHAHA! rasa nak gelak kuat2 laa!! adehh..aku rinduu weh time tuu...rindu kat hg jugak weh!! sob..sob..sob..

oki..xmo la sedih2, nak posa ni kena senyum2, kena ceria..bak kata abah masa umah terbakaq ritu.."kita kena ceria, lupakan yang lalu dan mulakan yg baru.."..meh kite sembang2 cita2 yg leh hlgkan sedih.. OKEY! sempena hari mulia bulan mulia ni..saya nk amik kesempatan utk ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam terutama nya di seleuruh negeri Pulau Pinang area Seberang Jaya kawasan Tmn Kg Baru belakang Imigresen dekat ngan AEON khasnya..Psa jgn xposa..yeaa!!

*** Saya rindu wak cik Nur Azlinda Aziz...rindu nak bukak posa sesama..lepak dlm blik berdua sambil telan nasik...baca doa sebelom makan bersama2 tp aku yg baca kuat hg selo jah..HEHE..eee...rinduuunyaaa.. sob..sob..sob

Sunday, July 24, 2011

Sebusuk2 kau, busuk lagi mulut kau tu..uwekk!

hey hey hey...baca kuat2 tajuk kat atas tu..yg plg penting tu "lampu tinggi" kan yg BUSUK MULUT tuh..haaa...sat2..sabaq2! aku tau ampa mesti tertanya2 mulut sapa yg busuk kan..?? huh..bukan niat aku nk mengaibkan si beliau bermulut busuk tu tp aku cuma nk mendedahkan jah..ini utk tatapan di ptg hari saja..apa aku merapek nih..?? hmm..stret tu de poing, ada la sorg adik ni dia suka la ckp berhembus2an betoi2 dpn muka aku..malangnya jujurla aku kasi tau..mmg xleh blah la dia punya haruman mulutnya itu..sgt sgt sgt aku xleh tima..harap maaf la dik naa...HAHAHA! kdg2 sampai rasa hujan menitis tip tap tip tap kat muka aku..apo eh..? sekali air lililili...uuurrr derr..!!! ni kalo Tonah baca entry aku nih konpom dia setuju ngan aku..kan Tonah kan..?? sesekali tertanya2, dia ni xgosot gigi ka..?? haiyaa..bau bapak terserlah kehangitan taring giginyeee..eeuuww!!

kepada si adik tersebut...akak nk nasihat sket la ye....gosot gigi kerap2 tau...lau bleh setiap sejam tu mau gosot k..HAHA!

Peace no War! lalalala~~~

Saturday, July 23, 2011


Saya RINDUawak..

saya INGAT awak..

saya MIMPIKAN awak..

saya INGINKAN awak..

saya PERLUKAN awak..

Saya nak JUMPA awak..

Saya KASIHKAN awak..


SAYA CINTA AWAK!

~ MNIA vs NHI ~

Aku Demam Lagi

Celamat Petang semuaaa..iii..apa kabar smua pun..? ada baik x? well..aku tnya org, last2 aku sendirik yg not well..aku demam lagi wehhh..yes! betol tu..thn ni mmg aku kerap demam...rasanya xsampai 2 minggu lg pun aku baru bek demam + batok + selesema, ni nak demam lagi...eh eh eh..bkn nak demam tp dh mmg demam pon..panas sgt cuaca skrg ni..climate change everyday, suhu bumi pon semakin tinggi..acehh! dah mcm pengkaji suhu bumi lak aku nih..HEHE..tp siyess..pedih mata aku nih..bdn rasa lemah sgt weh..mata berair..aku ni kerap demam thn ni tp bdn aku tetap x susut2 pon..makin menaik ada la..huwaa!! mesti lau ada yg baca entry kali nie tension ngan kenyataan aku yg berat aku dh naik dan aku kelihatan sgt gemok kan..?? by the way! mmg itu hakikatnya pun..tp ada aku kesah lau ada yg xpuas hati ngan statement aku sekali pon..I DONT CARE and I DONT MIND!! HAHA!!

Monday, July 18, 2011

Kembali MengePOST

Assalammualaikum dan selamat malam u all guyz..

How are u all..?? everything is fine or no..? whats up..?? huii....sangat sangat sangat lama aku x mengONLINE blog nih..kalo u all pasan la kan aku dah lama x mengUPDATE & mengePOST anything dlm blog nih kan..? HAHA! bajet cam ramai yg selak page aku nih..HEHE..tp siyess dah lama dah aku x update apa2 sejak sebulan yg lalu kan..? nak kata bz tue xda la bz mana..just mls nk tulih2 nih..segan..sampai kan yg aku pasan la entry utk bulan JUNE hanya ada 2 post jek..kan..? and untuk bulan nie (JULY) nie adalah post yg untuk pertama kalinya kan..? nie pon terasa nk update blog ni..sampaikan my Ling tertanya2.."Ma xupdate blog dah ka..? papa bukak xda apa2 pon, benda yg sama jah.." HEHE..sorry la syg, i x terupdate pon..bukannya dah jemu or what tp tahla..benda yg nk di cita tu manyak tp entah la...sikap mls ni menguasai diri syg mu nie...HIHI..

By the way, nak dimulakan cita, dah lebih sebulan aku menjalani praktikum kat Imigresen...banyak jugak pengalaman yg aku dapat..banyak kenangan manis dan banyak jugak pengalaman pahit..HUHU..tp apa yg aku nk kongsi kat sini tu banyak cita sedih la...hmm...xtau cmna nk mulakan cita nih..cmni la secara short cut nya cita dia cmni lah....actually staf2 kat Imigresen tu aku rasa cam depa ramai xsuka kehadiran aku n kwn2 praktikal kat ctu..why...?? well..mula2 tu sumanya ok la..sumanya layan elok ja tp besala lama2 maybe depa dh jemu kut..dah tu mula la carik kesalahan kami...kes terbaru nie sgt sedih bila kami ni di cop "PENCURI"..hoii..kami ni ada rupa pencuri ka..?? but, depa xla tuduh secara face to face tp dr segi cara depa ckp tu kita leh tau yg depa cam tuduh kami yg amik brg tu...tp TUHAN tu Maha Mengetahui, Dia bleh bayaq cash punya...nk dijadikan cita lg, td aku masok dlm blik fail utk carik fail la...Kuasa TUHAN, aku carik fail dkt blkg pintu then aku nmpk 2 kotak berisi baju tu tersorok blkg pintu...haii...terus xsedap hati sbb tiba2 terpikiaq knp kotak tu ada blkg pintu tu...tmbh lak tersorok blkg pintu..sgt2 heran la...pastu mula la pkiaq ada staf nk sabotaj kami ka..??? kalo la btul tekaan kami depa nk buat khianat, mmg aku doakan depa hdup xtenang la...aku mmg sakit hati n terus trg aku xleh tima ngan apa yg depa buat....sampai hati depa wat cmtu...

pastu masa p jumpak boss nk suh dia sign buku log, boss cam tau ja kami ada mslh...dia tnya2, korek punya korek las2 kami pon gtau ja dia apa yg jadik..HEE...lega hati ni bila gtau dia..rasa ringan otak nih..biaq la apa nk jadik pon lepas ni...yg penting kami di pihak yg benar..kami xmencuri dan kami bukan pencuri...mak bapak kami xpenah didik kami jadik anak2 yg cepat tgn...

kpd BOSS En. Harun..thanks atas kesudian anda dgr luahan hati kami student yg hanya inginkan pengalaman kerja..Awak adalah boss yg sgt baik dan sgt prihatin kat kami student2 ni...thanks a lots..utk En. Harun ....MMmmuuaahhh!! HEEE :D

dlm sedih2 ni jugak aku nk sampaikan slm ucapan buat yg teristimewa...
En. Izuan, sy rindu awk sgt2...